Friday , 20 September 2024
Home Nasional Dua lelaki cedera dirempuh kereta ketika beriadah
Nasional

Dua lelaki cedera dirempuh kereta ketika beriadah

Dua lelaki cedera dirempuh kereta ketika beriadah

Keadaan kenderaan yang merempuh dua lelaki dan juga melanggar kereta lain

ALOR SETAR, 3 Ogos – Dua lelaki cedera dipercayai dirempuh sebuah kereta selepas kedua-dua mereka selesai beriadah di Taman Rimba, Alor Setar, di sini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.37 malam tadi apabila kereta tersebut terbabas selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta lain di Jalan Tunku Bendahara.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila salah sebuah kenderaan yang membelok ke kanan menuju ke arah Taman Golf, telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang datang dari arah Wisma Darul Aman.

\”Perlanggaran kedua-dua kenderaan di persimpangan jalan itu, menyebabkan salah sebuah daripada kenderaan terlibat hilang kawalan dan terbabas, lalu merempuh dua lelaki yang sedang berada di laluan pejalan kaki.

\”Akibat daripada itu, kedua-duanya yang berusia 24 dan 25 tahun itu mengalami kecederaan luka di beberapa bahagian badan,\” katanya.

Sementara pemandu berusia 79 tahun mengalami sakit pada bahagian dada dan luka lutut kiri, manakala seorang lagi pemandu kenderaan berusia 62 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kesemua mangsa yang cedera kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Kesemua mangsa dalam keadaan stabil.

Kes disiasat mengikut Kaedah 3(2)(b) Kaedah Lalulintas 1959.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...