Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Malaysia komited bantu Thailand menangani isu sempadan – Anwar
Nasional

Malaysia komited bantu Thailand menangani isu sempadan – Anwar

Malaysia komited bantu Thailand menangani isu sempadan – Anwar

Foto BERNAMA

RANTAU PANJANG, 3 Ogos- Kerajaan memberi komitmen berterusan untuk membantu Thailand dalam menangani isu persempadanan dua negara.

Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kesepakatan dua negara itu adalah isyarat jelas hubungan dua negara yang terjalin selama ini.

\”Isu perdamaian di selatan Thailand itu isu domestik Thailand.. itu saya nak jelaskan bukan isu Malaysia, tapi oleh kerana hubungan kita baik dengan Thailand.. mereka (Thailand) minta kita supaya memberi kerjasama mendukung usaha damai secara berkesan.

\”..Itu kita telah beri komitmen dan apa sahaja yang perlu terutama daripada segi keselamatan, ekonomi, pendidikan, sosial dan kerjasama persekutan dan negeri-negeri akan kita laksanakan,\” katanya dalam satu sidang media di sini.

Anwar turut menyifatkan hasil positif perbincangan bersama-sama rakan sejawatnya dari Thailand, Srettha Thavisin mempamerkan komitmen kedua-dua negara untuk memupuk hubungan sesama rakyat dan mempertingkatkan ekonomi di kawasan Selatan Thailand serta utara Semenanjung Malaysia.

BERITA BERKAITAN:

  • Projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok dipercepat – Anwar
  • PM Anwar, Srettha lawat projek naik taraf jambatan Rantau Panjang-Sungai Golok hari ini

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...