Monday , 23 December 2024
Home Nasional Empat laporan polis berkaitan 'free bible course' diterima setakat ini
Nasional

Empat laporan polis berkaitan 'free bible course' diterima setakat ini

Empat laporan polis berkaitan 'free bible course' diterima setakat ini

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah/ BERNAMA

MELAKA, 3 Ogos – Polis Melaka setakat ini menerima empat laporan mengenai aktiviti mengedarkan risalah berkaitan kitab Injil dan menyebarkan agama Kristian di hadapan Surau Warisan di Bandar Hilir, di sini, pada Sabtu.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata kesemua laporan berkaitan kejadian yang berlaku berhampiran Bangunan Stadthuys itu, diterima semalam dan aduan dibuat empat individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Melaka.

“Laporan dibuat susulan video tular di TikTok yang memaparkan sekumpulan individu menyebarkan risalah atau mempromosi agama Kristian kepada orang ramai, di hadapan surau berkenaan.

“Pengadu meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap individu terlibat seperti yang tular dalam video tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 16 saat memaparkan sekumpulan individu menjalankan aktiviti mempromosi Free Bible Course\’s di hadapan Surau Warisan, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Berdasarkan video dirakam seorang pengayuh beca, niat dan kewajaran kumpulan itu menjalankan aktiviti mempromosi kitab Injil, kini hangat dipersoalkan netizen. – BERNAMA

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...