Home Nasional Naib Datuk Bandar terbunuh dalam serang hendap di selatan Filipina
Nasional

Naib Datuk Bandar terbunuh dalam serang hendap di selatan Filipina

Naib Datuk Bandar terbunuh dalam serang hendap di selatan Filipina

FOTO HIASAN

MANILA, 3 Ogos- Seorang naib datuk bandar dan pengawal peribadinya terbunuh, manakala dua lagi termasuk anak pemimpin itu berusia 11 tahun cedera selepas beberapa lelaki bersenjata menyerang hendap kenderaannya di wilayah Maguindanao del Sur, selatan Filipina, kata polis pada Sabtu, lapor Xinhua.

Dalam satu laporan, polis wilayah berkata, lelaki bersenjata tidak dikenali melepaskan tembakan ke arah trak pikap Naib Datuk Bandar Upi Selatan sekitar pukul 5.00 petang waktu tempatan pada Jumaat, membunuh pemimpin berkenaan dan pengawalnya di tempat kejadian.

Isteri dan anak naib datuk bandar itu mengalami kecederaan ringan dalam serangan berkenaan, manakala seorang lagi anaknya berusia 13 tahun tidak cedera, kata polis.

\”Para pelaku melarikan diri dari tempat kejadian ke arah tidak diketahui selepas insiden,\” menurut laporan polis.

Ia berkata polis dan tentera telah melancarkan \”operasi pencarian intensif\” untuk menahan lelaki bersenjata itu, \”menggunakan semua sumber yang ada dan bekerjasama rapat dengan agensi penguatkuasaan undang-undang lain untuk mempercepatkan siasatan\”.

\”Siasatan menyeluruh sedang dijalankan untuk mengumpul maklumat dan mengenal pasti individu bertanggungjawab atas jenayah kejam ini,\” menurut laporan itu. -BERNAMA-XINHUA   

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....