Monday , 23 December 2024
Home Nasional PLSB Sungai Kelantan Fasa Satu, babitkan kos keseluruhan RM699 juta
Nasional

PLSB Sungai Kelantan Fasa Satu, babitkan kos keseluruhan RM699 juta

PLSB Sungai Kelantan Fasa Satu, babitkan kos keseluruhan RM699 juta

Foto BERNAMA

KOTA BHARU, 4 Ogos- Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa Satu di Tunjong, Kota Bharu yang membabitkan kos keseluruhan sebanyak RM699 juta dijangka siap akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Ir Dr Ahmad Anuar Othman berkata pembinaan PLSB Fasa Dua pula akan dimulakan sebaik sahaja fasa satu siap.

Beliau berkata, PLSB Fasa Satu bermula pada tahun 2018, namun berlaku kelewatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta masalah pengambilan balik tanah oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, projek tersebut akan dapat disiapkan lebih awal dari masa yang tetapkan dan hanya tinggal beberapa komponen kecil yang belum siap.

Menurutnya, sebaik sahaja siap sepenuhnya, ia mampu memanfaatkan seramai 95,000 penduduk di sekitar bandar Kota Bharu.

\”Kita ada dua projek PLSB.. kita ada dua fasa.. fasa satu dah hampir siap, kemajuan semasa 94 peratus dan kos keseluruhan lebih kurang RM699 juta, kos pembinaan RM486 juta.

\”Manakala fasa dua yang telah juga kerajaan memberi peruntukan telah dikeluarkan surat setuju terima, yang mana kosnya RM1.064 bilion,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melawat PLSB Sungai Kelantan Fasa Satu di Tunjong di sini.

Terdahulu, Anwar tiba di tapak projek seliaan JPS pada pukul 3.50 petang dan meluangkan masa kira-kira 15 minit bagi mendengar taklimat berkaitan kemajuan semasa projek PLSB Sungai Kelantan Fasa Satu oleh Ketua Pengarah JPS.

Sementara itu, Ahmad Anuar berkata lagi, walaupun pembinaan PLSB siap sepenuhnya, ia bukan bermakna tiada lagi banjir di kawasan terbabit tetapi sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah lain termasuk limpahan air.

Katanya, bagi projek fasa satu tersebut, ia mempunyai dua kolam yang berkeluasan 15.5 hektar dan 16 hektar dengan kedalaman tiga meter bagi menampung air di kawasan Tunjong.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...