Home Nasional Tahun Melawat Perlis 2024-2025 tingkatkan ekonomi
Nasional

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 tingkatkan ekonomi

Tahun Melawat Perlis 2024-2025 tingkatkan ekonomi

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail

KANGAR, 4 Ogos- Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengalu-alukan kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri itu bagi memeriahkan sambutan Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Kedatangan pengunjung ke negeri itu dilihat akan merancakkan ekonomi selain membuka peluang pekerjaan khususnya penduduk setempat.

Dalam pada itu, pengunjung turut berpeluang untuk mengenali adat dan budaya di Perlis.

\”Saya menyeru agar semua rakyat sama ada negeri perlis mahupun luar Perlis datang beramai-ramai untuk memberi sokongan dan turut memeriahkan apa jua program yang telah dilaksanakan.

\”…untuk memeriahkan lagi Sambutan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di samping itu turut membantu meningkatkan lagi ekonomi Perlis,\” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Program Perlis Outdoor Festival 2024 yang diadakan bertujuan untuk mempromosikan Taman Buah Buahan Eksotik Sungai Batu Pahat, Perlis sebagai destinasi Agro Pelancongan dan rekreasi keluarga.

Titah baginda lagi, penjagaan kebersihan harus menjadi keutamaan pihak kerajaan mahupun swasta bagi memastikan lokasi tumpuan pelancongan sentiasa bersih, ceria, teratur dan berada dalam keadaan baik.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....