Friday , 20 September 2024
Home Nasional Himpunan Pembebasan Palestin tanda rakyat Malaysia bersolidariti bersama Palestin
Nasional

Himpunan Pembebasan Palestin tanda rakyat Malaysia bersolidariti bersama Palestin

Himpunan Pembebasan Palestin tanda rakyat Malaysia bersolidariti bersama Palestin

Poster Himpunan Pembebasan Palestin

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Himpunan Pembebasan Palestin di ibu negara hari ini sekali lagi bakal menyaksikan rakyat Malaysia kekal teguh dalam menzahirkan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin.

Ia dijadual bermula pada pukul 6.00 petang di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini bagi menyampaikan mesej kepada dunia bahawa Malaysia mengutuk pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan pidato pada acara kemuncak himpunan itu, untuk menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin bersama-sama beberapa pemimpin lain.

Antara program yang diatur ialah Pidato Solidariti Palestin, solat Maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan Doa Qunut Nazilah.

Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir di stadium itu bagi menzahirkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan turut menyeru semua pihak termasuk ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara tanpa mengira fahaman politik, untuk hadir ke perhimpunan itu.

Difahamkan juga kira-kira 40 wakil diplomatik akan turut hadir pada himpunan berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dipertanggungjawabkan mengetuai himpunan itu, menyeru orang ramai menyatakan sokongan bersama-sama rakyat Palestin demi melindungi orang-orang tertindas serta terbunuhnya Ismail Haniyeh.

Pada 24 Oktober tahun lepas, Himpunan Malaysia Bersama Palestin diadakan di Axiata Arena yang menghimpunkan pemimpin politik Kerajaan Perpaduan dan pembangkang, bagi menyatakan solidariti kepada rakyat Palestin.

Tanpa mengira latar belakang, agama dan bangsa, himpunan berkenaan juga menyaksikan penyertaan lebih 15,000 rakyat Malaysia, yang turut sama menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi.

Himpunan Solidariti Bersama Gaza juga pernah diadakan di Masjid Negara pada 13 Oktober tahun lepas bagi tujuan sama.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...