Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Belia berperanan penting untuk dasar negara- Dr Zaliha
Nasional

Belia berperanan penting untuk dasar negara- Dr Zaliha

Belia berperanan penting untuk dasar negara- Dr Zaliha

Dr Zaliha Mustafa ditemui media selepas menghadiri Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Peranan belia dalam pembangunan negara dan penggubalan keputusan adalah penting bagi memastikan dasar kerajaan tidak bersifat \”one-size-fits-all\”.

Jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, populasi belia merangkumi hampir 40 peratus daripada keseluruhan penduduk Malaysia justeru, dasar yang digubal perlu bersifat khusus, bersasar, dan berkesan.

Usul yang dibawa khususnya di peringkat Wilayah Persekutuan akan diteliti menerusi sesi libat urus bersama agensi terlibat bagi menyelesaikan isu dihadapi golongan belia.

\”Ini adalah usul menjadi keprihatinan yang dekat dengan hati belia dan harus diambil serius dan diambil berat oleh agensi untukk selesaikan perkara yang dibawa dan lebih penting untuk kita meletakkan perkara yang mereka bawa ini sehingga ke peringkat dasarnya khususnya di Wilayah Persekutuan ini,\”katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Wilayah Persekutuan.

Program dihadiri pelbagai agensi bagi meneliti lapan usul yang dikemukakan 70 wakil belia Peringkat Wilayah Persekutuan.

Antara usul dikemukakan termasuklah, mewujudkan Dasar Belia Wilayah Persekutuan.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...