Monday , 23 December 2024
Home Nasional Syor wujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji- Fahmi
Nasional

Syor wujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji- Fahmi

Syor wujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji- Fahmi

Fahmi Fadzil ditemui pada Himpunan Pembebesan Palestin di Bukit Jalil

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Syor bagi mewujudkan platform media sosial bagi Malaysia akan dikaji sebaik mungkin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembinaan platform tersebut tidak mudah dibangunkan dan ia memerlukan penelitian pelbagai pihak.

Sebelum ini, selebriti Datuk Aznil Nawawi, mencadangkan agar pihak kerajaan mewujudkan platform media sosial sendiri.

Perkara tersebut susulan tindakan pihak Meta menurunkan hantaran berkaitan Palestin.

\”Saya dah jumpa, kita dah bincang perkara ini jadi saya tahu apa yang beliau maksudkan.

\”Jadi dia setuju kepada pengikut-pengikut beliau, tidak mudah membangunkan platform media sosial sendiri tetapi ada beberapa negara telah mencuba kita akan teliti dulu,\”katanya pada Himpunan Pembebesan Palestin di Bukit Jalil.

Sementara itu, mengenai siaran siaran langsung di Facebook, Fahmi memaklumkan pihak Meta berjanji tidak akan mengenakan sebarang sekatan terhadap semua platform yang menyiarkan serta menayangkan program \’Himpunan Pembebasan Palestin\’.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...