Sunday , 22 December 2024
Home Nasional Malaysia akan bawa mangsa perang di Gaza untuk dirawat di negara ini- PM Anwar
Nasional

Malaysia akan bawa mangsa perang di Gaza untuk dirawat di negara ini- PM Anwar

Malaysia akan bawa mangsa perang di Gaza untuk dirawat di negara ini- PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pidato pada acara kemuncak Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 4 Ogos- Malaysia akan terus memberikan kerjasama dan dokongan sedaya upaya termasuk membawa sebahagian rakyat Palestin terutama wanita dan kanak-kanak yang cedera serta sakit untuk dirawat di negara ini.

Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Anwar dalam Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Jelasnya, setakat ini beliau sudah berhubung dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi bagi membantu memudahkan urusan berkenaan.

\”Kita akan lakukan sedaya upaya kita, suarakan pandangan kita tidak kira depan siapa, kita akan bantu yang sakit sama ada dirawat di sana atau dibawa ke mari untuk diberi rawatan, kita akan teruskan tanpa tolak ansur,\”katanya.

Tambah beliau kerajaan akan memperuntukkan sejumlah dana dan perkara itu sudah dibincangkan bersama Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Shaik Abdul Rasheed Ghaffour.

Dalam pada itu beliau turut menyeru seluruh masyarakat Malaysia jangan berhenti berbicara dan menyalurkan bantuan bagi meringankan beban mereka di sana.

\”Saya mahu Malaysia terletak dalam peta sejarah antara negara yang lebih konsisten dan sunguh-sunguh memperjuangkan nasib rakyat Palestine jadi kita akan teruskan usaha ini,\”katanya.

Beliau menjelaskan demikian dalam Himpunan Pembebasan Palestin di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Ia turut dihadiri, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan perwakilan asing.

Himpunan tersebut diadakan demi menunjukkan solidariti Malaysia terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, sekali gus menentang kekejaman rejim Zionis yang tidak berkesudahan.

Antara program dilaksanakan ialah Pidato Solidariti Palestin, solat maghrib berjemaah, sesi tayangan video khas dan diakhiri dengan doa Qunut Nazilah.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...