Friday , 20 September 2024
Home Nasional Lelaki lari daripada ditahan polis ditemukan maut di Sungai Padang Terap
Nasional

Lelaki lari daripada ditahan polis ditemukan maut di Sungai Padang Terap

Lelaki lari daripada ditahan polis ditemukan maut di Sungai Padang Terap

Foto RTM

POKOK SENA, 5 Ogos-Seorang lelaki yang lari daripada ditahan polis ditemukan mati lemas di Sungai Padang terap dekat Kampung Empa, di sini semalam (Isnin).

Mayat mangsa berusia 34 tahun itu ditemui kira-kira pukul 1.40 tengahari tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata mayat mangsa ditemukan dua kilometer dari lokasiterakhir mangsa dipercayai tenggelam.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Kes disiasat sebagai mati mengejut sehingga laporan penuh bedah siasat diperolehi.

Operasi mencari dan menyelamat sebelum itu menggunakan khidmat Pasukan Penyelamat Di Air PPDA, Jabatan Bomba dan Penyelamat yang membuat selaman dan berjaya mengesan mangsa.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...