Home Nasional Rakyat bertanggungjawab pelihara kemerdekaan yang diwariskan oleh Tunku Abdul Rahman- PM
Nasional

Rakyat bertanggungjawab pelihara kemerdekaan yang diwariskan oleh Tunku Abdul Rahman- PM

Rakyat bertanggungjawab pelihara kemerdekaan yang diwariskan oleh Tunku Abdul Rahman- PM

Datuk Seri Fadillah Yusof memukul gong sebagai simbolik perasmian Program Mengenang Negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Negarawan Sejuta Jasa / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Ogos- Rakyat bertanggungjawab untuk memelihara kemerdekaan yang telah diwariskan demi negara bebas dan berdaulat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat Malaysia MADANI yang saling meraikan kepelbagaian tanpa sengketa.

\”Kemerdekaan yang telah diwariskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj hendaklah sentiasa dipelihara sepertimana yang disebut oleh Allahyarham dalam pemasyhuran kemerdekaan 67 tahun yang lalu.

\”Negara kita ini hendaklah kekal merdeka dan berdaulat, dan seluruh rakyatnya aman, sejahtera dan sentosa selama-lamanya,\”katanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada Program Mengenang Negarawan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di ibu negara.

Program bertemakan “Negarawan Sejuta Jasa” itu merupakan anjuran bersama Kementerian Perpaduan dan Arkib Negara.

Ia bagi menyemai rasa cinta masyarakat terhadap sejarah dengan mengenang sumbangan pemimpin terdahulu dalam memperjuangkan serta mempertahankan kemerdekaan.

Sempena program itu juga terdapat pameran eksklusif yang memaparkan koleksi khas Tunku seperti kereta merdeka selain peragaan bahan objek serta naratif pameran yang dipersembahkan melalui digital standee kiosk.

Turut hadir, Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....