Saturday , 21 December 2024
Home Nasional KMJG 2024: Lebih 6,000 Jalur Gemilang diedarkan di Pulau Pinang
Nasional

KMJG 2024: Lebih 6,000 Jalur Gemilang diedarkan di Pulau Pinang

KMJG 2024: Lebih 6,000 Jalur Gemilang diedarkan di Pulau Pinang

Foto RTM

KEPALA BATAS, 5 Ogos-Sebanyak 6,500 jalur gemilang pelbagai saiz diedarkan sepanjang tiga hari Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Penerangan (JAPEN) Pulau Pinang, Hasmiza Hussin berkata, 1,000 bendera diedarkan kepada penduduk Pulau Pinang dalam program yang dirancang sepanjang bulan kemerdekaan ini.

\”Di Pulau Pinang kita ada tiga tempat pemeriksaan. Jadi lebih kurang dalam 6,500 bendera kita telah edarkan setakat initermasuk masa hari pelancaran kita telah edarkan dan jumlah ini akan bertambah dengan bertambahnya program-program yang kita akan adakan dari masa ke semasa yang melihatkan Hari Kebangsaan\”,katanya di sini.

Konvoi yang melibatkan 22 buah kenderaan jabatan dan agensi kerajaan negeri 3 buah motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta 18 motosikal Suzuki Kelab V-Strom itu bemula dari Jambatan Pinang Tunggal setelah menerima serahan Jalur Gemilang daripada Pasukan Konvoi Kedah.

Destinasi perhentian untuk hari pertama di Sekolah Kebangsaan Mohd Shah seterusnya di Pengkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Bertam.

Manakala esok, KMJG 2024 dijangka berada di Pasar Awam Penanti, Pasar Awam Bukit Mertajam dan seterusnya di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah pada sebelah pagi.

Program di Sekolah Menengah Kebangsaan , SMK Teluk Panglima Bukit Gantang, Parit Buntar pada Selasa menjadi destinasi terakhir KMJG 2024 di Pulau Pinang sebelum bergerak ke Perak.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...