Home Nasional MBOR iktiraf perarakan 'KL International Suit Walk'
Nasional

MBOR iktiraf perarakan 'KL International Suit Walk'

MBOR iktiraf perarakan 'KL International Suit Walk'

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos-Perarakan \’KL International Suit Walk\’ yang mengumpulkan lebih 300 peserta termasuk selebriti pelbagai negara; mencipta sejarah selepas berjaya dinobatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Acara anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Tukang Jahit Malaysia itu, dilaksanakan di sekitar ibu kota hari ini.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata selain memperlihatkan keunikan para pereka dari negara-negara lain, acara seumpama ini juga berpotensi untuk mempamerkan keistimewaan industri tekstil tempatan.

Peserta yang lengkap berpakaian suit itu, berjalan kaki sejauh lebih 1 kilometer menuju ke Pavillion.

KL International Suit Walk merupakan sebahagian acara dari Persidangan Perikatan Industri penjahitan Asia ke-28 (FAMT 2024) yang bermula pada 2 Ogos lalu hingga esok.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....