Home Nasional REE: Malaysia perlu manfaatkan potensi industri-Anwar
Nasional

REE: Malaysia perlu manfaatkan potensi industri-Anwar

REE: Malaysia perlu manfaatkan potensi industri-Anwar

Foto Facebook Perdana Menteri, Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 5 Ogos-Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya potensi besar industri nadir bumi (REE), terutama daripada sumber tempatan.

Menerusi hantaran di Facebooknya hari ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerjasama dengan pemain antarabangsa yang memiliki kepakaran perlu didasarkan kepada matlamat akhir membangunkan keseluruhan rantaian industri dalam negara.

\”Terkait inisiatif ‘New Deal for Business’ yang telah dipersetujui MTEN pada 21 Mac 2024, mesyuarat meneliti cadangan rangka kerja termasuk anjakan-anjakan besar bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan perniagaan, selaras kedudukan semasa negara dalam indeks daya saing global\”, jelasnya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 6 Tahun 2024 di sini hari ini.

Jelas Anwar, aktiviti penguatkuasaan juga perlu diperkemas bagi mengelak sumber negara dieksploitasi yang akan mengurangkan hasil kepada kerajaan dan merencat pembangunan industri REE negara.

Tambah Anwar, kerajaan turut yakin usaha berkenaan akan dapat meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya memperkukuh asas ekonomi negara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....