Friday , 20 September 2024
Home Nasional Elak beli produk kosmetik mengandungi racun berjadual – KKM
Nasional

Elak beli produk kosmetik mengandungi racun berjadual – KKM

Elak beli produk kosmetik mengandungi racun berjadual – KKM

Produk kosmetik yang mengandungi racun berjadual

KUALA LUMPUR, 6 Ogos- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menasihatkan orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

KKM dalam satu kenyataan berkata, notifikasi produk-produk tersebut telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia kerana mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti hydroquinone, tretinoin, betamethasone 17-valerate dan merkuri.

\”Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

\”Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,\” katanya.

Bagaimanapun orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk berkenaan dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan jika mengalami kesan buruk.

Sementara itu orang ramai boleh menyemak status notifikasi produk kosmetik boleh disemak melalui laman web rasmi NPRA atau aplikasi \’NPRA Product Status\’.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...