Home Nasional Kad Veteran Digital dilancar September depan – JHEV
Nasional

Kad Veteran Digital dilancar September depan – JHEV

Kad Veteran Digital dilancar September depan – JHEV

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zambery Jefry Darus

KUALA LUMPUR, 6 Ogos– Kad Veteran Digital akan dilancarkan pada 24 September nanti.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM, Mejar Jeneral Datuk Zambery Jefry Darus, sebanyak 500,000 kad veteran digital akan diberikan kepada veteran dan pasangan serta balu-balu veteran ATM yang layak.

\”Kad Veteran Digital ini akan ada di dalam sistem \’Vibes\’, sistem yang sedang digunakan oleh semua veteran. Ia akan menggantikan kad veteran yang fizikal yang perlu dibawa seperti kad pengenalan, perlu dipamerkan di premis dan fasiliti kerajaan.

\”Sekarang sedang dalam proses uji cuba dan kita mahu lihat tahap keampuhan kad digital ini. Selain itu, kita sedang mencari rakan strategik untuk pembangunan sistem tersebut, sebelum kad itu boleh digunakan,\” kata Datuk Zambery, hari ini.

Datuk Zambery ditemui selepas sidang media Makan Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 yang akan diadakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira ATM pada 24 September nanti.

Jelas Datuk Zambery, kemudahan tersebut merupakan satu perubahan dan agenda penting kepada warga veteran selain ia dapat menjimatkan kewangan kerajaan.

Sementara itu, Datuk Zambery Jefry Darus memaklumkan bahawa kali terakhir JHEV mengadakan majlis makan malam amal adalah pada tahun 2019.

\”Kita harap penganjuran malam amal pada 24 haribulan ini akan mendapat sambutan yang sangat-sangat hebat demi membuktikan bahawa masyarakat dan juga orang ramai itu sentiasa komited terhadap perjuangan dan mereka berasa turut serta untuk datang dan menyumbang,\” tambah Datuk Zambery.

Malam amal tersebut akan dihadiri Penaung Veteran ATM, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan beberapa artis yang akan menghiburkan pada malam tersebut iaitu Datuk Jamal Abdilah dan Liza Hanim.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....