Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Kebajikan pengamal media akan terus dijaga – Fahmi
Nasional

Kebajikan pengamal media akan terus dijaga – Fahmi

Kebajikan pengamal media akan terus dijaga – Fahmi

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Ogos– Seramai 114 petugas media menerima manfaat pelaksanaan Tabung Kasih @HAWANA, setakat 30 Julai lalu.

Jelas Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil ia sebahagian usaha untuk memastikan kebajikan pengamal media terus diutamakan.

Pengamal media yang memerlukan bantuan akan dikenal pasti menerusi Gabungan Kelab Media Malaysia.

\”Hingga 30 Julai 2024, seramai 114 petugas media yang berdepan dengan masalah dan perlukan bantuan telah menerima manfaat sumbangan Tabung Kasih@HAWANA.\”

\”Saya juga telah meminta supaya pihak BERNAMA berbincang dan mendapatkan maklumat daripada Gabungan Kelab Media Malaysia bantu lebih ramai rakan-rakan media yang memerlukan,\” kata Fahmi kepada pemberita semasa menyampaikan amanat dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, di sini.

Dalam pada itu, kementerian menerusi BERNAMA telah memulakan inisiatif menerusi caruman PERKESO yang akan memanfaatkan 493 orang pengamal media sambilan di seluruh negara.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...