Saturday , 21 December 2024
Home Nasional 'MADANI Jiwa Merdeka', lagu rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
Nasional

'MADANI Jiwa Merdeka', lagu rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

'MADANI Jiwa Merdeka', lagu rasmi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024

Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 6 Ogos– Lagu rasmi bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dilancar hari ini.

\’MADANI Jiwa Merdeka\’ garapan Pengarah Muzik Orkestra Radio Televisyen Malaysia (RTM), Datuk Mokhzani Ismail itu diharap dapat menyemarakkan lagi semangat patriotisme masyarakat.

Lagu ciptaan Affan Mazlan, nyanyian Amir Masdi itu antara usaha yang dilaksana bagi meraikan semangat kemerdekaan sempena hari kebangsaan tahun ini.

\”Kita berharap sambutan pada tahun ini cukup memberangsangkan dengan cogan kata Malaysia MADANI Jiwa Merdeka.\”

\”Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Mokhzani, di atas usaha untuk menguruskan lagu dan lirik MADANI Jiwa Merdeka ciptaan Affan Mazlan, dinyanyikan oleh Amir Masdi. Jadi, tahniah di atas usaha ini,\” ucap Fahmi dalam Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi, hari ini.

Dalam pada itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyeru semua agensi di bawah kementeriannya untuk memanfaatkan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI).

Usaha itu mengambil kira peranan teknologi yang mampu membantu mengurangkan beban kerja.

Jelasnya, kepesatan Teknologi AI juga dapat mempertingkatkan produktiviti tanpa mengabaikan kepakaran manusia.

\”Apa yang boleh dimanfaatkan dengan teknologi ini, untuk mempercepat proses, menghasilkan sama ada laporan, bahan untuk melakukan kajian.\”

\”Kita tahu dan kita sedar Generatif AI dan AI itu sendiri tidak mampu menggantikan manusia tapi dia boleh membantu untuk mengurangkan serba sedikit kerja yang perlu kita lakukan,\” tambah Fahmi.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...