Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Parlimen Belia kini bawah pentadbiran Parlimen Malaysia – Johari
Nasional

Parlimen Belia kini bawah pentadbiran Parlimen Malaysia – Johari

Parlimen Belia kini bawah pentadbiran Parlimen Malaysia – Johari

Foto BERNAMA

GEORGE TOWN, 6 Ogos– Parlimen Belia yang sebelum ini ditadbir Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini telah diserahkan kepada Parlimen Malaysia bagi memastikan ia dapat berfungsi secara menyeluruh.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata jumlah mereka akan ditingkatkan daripada 100 ahli kepada 222 ahli, pada penggal akan datang.

Setiap kawasan konstitusi tersebut dicadang diwakili oleh satu ahli parlimen belia.

Reformasi itu dilaksana bagi menyuburkan semangat demokrasi selain melahirkan pemimpin pelapis yang berkualiti.

Menurutnya, ahli yang dipilih juga perlu menyertai tiga kali persidangan atau mesyuarat dalam setahun seperti ahli parlimen sebenar.

\”Dulu Parlimen Belia bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Namun, kerajaan memutuskan untuk serahkan Parlimen Belia kepadaParlimen Malaysia. Sekarang, kita sedang melihat perjalanan Parlimen Belia ini supaya ia menjadi lebih berkesan,\” kata Tan Sri Johari kepada pemberita.

Beliau ditemui pada Program Lawatan Kerja Sempena Pra-Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Se-Malaysia Tahun 2024, di sini.

Related Articles

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini
Nasional

Banjir: PM kunjungi tiga pusat pemindahan di Kedah hari ini

Foto BERNAMAALOR SETAR, 21 September – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh
Nasional

Prof Osman Bakar dilantik Rektor UIAM ketujuh

Foto BERNAMAPUTRAJAYA, 21 September – Prof Emeritus Datuk Dr Osman Bakar dilantik...

211 PATI dihantar pulang ke negara asal
Nasional

211 PATI dihantar pulang ke negara asal

Foto Facebook Jabatan Imigresen Malaysia JohorJohor Bahru, 21 September – Jabatan Imigresen...

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"
Nasional

Kampung Angkat Madani Nanga Engkuah "satu doa yang dimakbulkan"

Foto Unit Komunikasi Awam Sarawak KAPIT, 21 September – Nanga Engkuah, sebuah...