Home Nasional AI dalam pendidikan, UPSI anjur Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan 2024
Nasional

AI dalam pendidikan, UPSI anjur Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan 2024

AI dalam pendidikan, UPSI anjur Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan 2024

Pengarah Penerbit UPSI, Dr. Nordiana Hamzah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Menerajui pendidikan menerusi kecerdasan buatan (AI), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bakal menganjurkan Persidangan Kebangsaan Eksplorasi Pendidikan (PKEP) 2024.

Pengarah Penerbit UPSI, Dr. Nordiana Hamzah berkata ia bagi membincangkan potensi terbesar AI dalam bidang pendidikan.

\”Hasil daripada dapatan yang kita kumpulkan ini memang kami berhasrat untuk menyiarkan dapatan tersebut dalam Jurnal MySight kami lah kerana jurnal ini merupakan jurnal yang berprestij di Malaysia iaitu sebanyak 19 jurnal daripada 29 jurnal, ada jurnal MySight satu jurnal adalah jenis Coppers jadi kami berhasrat untuk menerbitkan di situ,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Sementara itu, bagi Timbalan Pengarah Penerbit UPSI, Dr. Laili Farhana Md Ibharim pula berpandangan, matlamat utama penganjuran persidangan tersebut adalah untuk perkongsian kepakaran para ilmiah dan orang awam dengan penggunaan AI yang betul.

\”Di harapkan dengan adanya pembentangan dan bengkel ini kita dapat berkongsi pengetahuan tentang penggunaan AI dengan cara yang betul,\” katanya.

Persidangan yang akan diadakan selama tiga hari itu masih terbuka untuk orang awam, pelajar-pelajar dan pendidik yang berminat dalam aspek AI bagi memperkasa bidang tersebut dalam pendidikan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....