Wednesday , 13 November 2024
Home Nasional Tawaran khas notis tertunggak, DBKL buka hingga 30 September
Nasional

Tawaran khas notis tertunggak, DBKL buka hingga 30 September

Tawaran khas notis tertunggak, DBKL buka hingga 30 September

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kepada semua notis tertunggak bermula 1 Ogos lalu hingga 30 September depan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas kepada semua notis tertunggak bermula 1 Ogos lalu hingga 30 September depan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.

DBKL memaklumkan, tawaran itu melibatkan kompaun kesalahan lalu lintas seperti kesalahan meletak kenderaan dengan kadar khas RM10 untuk motosikal, manakala kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori kecil RM20 dan RM50 bagi bas dan lori.

\”Bagi kesalahan penjaja, lesen dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing, kadar khas ditawarkan adalah sebanyak RM100,\” menurut DBKL menerusi kenyataan.

DBKL dalam pada itu memaklumkan, ia bagaimanapun tidak terpakai bagi kesalahan yang disenarai hitam, kes am di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan UUK Pasar Borong (WPKL) 2002.

Selain mengambil bekerja mana-mana warga asing tanpa permit kerja sah di bawah UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016 dan mengambil bekerja mana-mana warga asing di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Kesalahan lain yang tidak terpakai adalah di bawah Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Hiburan (WPKL) 1992 dan Akta (Perancangan) WP 1982 serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Related Articles

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025
Nasional

Hentian rehat Pantai Kok bakal dibuka Januari 2025

FOTO RTMLANGKAWI, 13 November- Sebuah kemudahan awam hentian rehat telah dibina di...

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang
Nasional

Lelaki maut kemalangan tiga kenderaan di Pasir Gudang

Foto RTMJOHOR BAHRU, 13 November – Seorang lelaki berusia 34 tahun maut...

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia
Nasional

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim meninggal dunia

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim ZainuddinKUALA LUMPUR, 13 November-Bekas Menteri Kewangan, Tun...

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan
Nasional

Dua pesawah Pendang diundang PBB ke persidangan antarabangsa di Azerbaijan

P. Ramaness (dua dari kanan) memberi taklimat kepada Abdullah Mohamad dan Keria...