Monday , 23 September 2024
Home Nasional RTM Sarawak perkasa perkhidmatan, hasilkan kandungan siaran radio, TV  berkualiti
Nasional

RTM Sarawak perkasa perkhidmatan, hasilkan kandungan siaran radio, TV  berkualiti

RTM Sarawak perkasa perkhidmatan, hasilkan kandungan siaran radio, TV  berkualiti

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib

KUCHING, 7 Ogos – Warga RTM Sarawak disaran agar terus menekankan dedikasi serta daya kreativiti dalam menghasilkan kandungan siaran radio dan televisyen yang berkualiti serta relevan.

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran (Strategik), Nasaruddin Abdul Muttalib, berkata Radio Televisyen Malaysia (RTM) kini bukan sahaja berhasrat untuk memperkasakan kualiti siaran radio dan televisyen tempatan, malah mahu menghasilkan kandungan siaran bagi pasaran eksport pada masa akan datang.

Beliau berkata RTM juga mahu menjadi penyedia kandungan siaran yang mampu menarik minat negara-negara jiran dan juga seluruh rantau Asia, seterusnya seluruh dunia. Ini termasuk kandungan hiburan, maklumat, dan berita yang relevan dengan perkembangan semasa.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Jamuan Teh bersama penerima-penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2023, terdiri daripada 43 orang kakitangan Jabatan Penyiaran Negeri Sarawak.

Nasaruddin juga berharap, agar semangat dedikasi dan kreativiti dalam kalangan kakitangan RTM Sarawak semasa bertugas akan terus diperkasakan bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk masyarakat dan negara.

Majlis jamuan tersebut diadakan bersempena dengan dengan penganjuran Majlis APC Kementerian Komunikasi Malaysia Tahun 2023 Zon Sarawak di Auditorium P. Ramlee esok.

Turut hadir Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman dan Timbalan Pengarah Penyiaran Sarawak, Norjihan Yahya.

Related Articles

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global
Nasional

KKM sediakan 13 pakar psikologi rawat 449 kanak-kanak diselamatkan dalam Op Global

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang SauniSEPANG, 23 September – Kementerian Kesihatan...

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih
Nasional

Bererapa PPS di Kedah ditutup, banjir semakin pulih

Foto failALOR SETAR, 23 September – Jumlah penduduk terjejas banjir yang ditempatkan...

Sesat di hutan ketika cari ‘daun sabong’, dua lelaki ditemui selamat
Nasional

Sesat di hutan ketika cari ‘daun sabong’, dua lelaki ditemui selamat

Foto JBPM Sarawak KOTA SAMARAHAN, 23 September- Dua lelaki tempatan yang dilaporkan...

MBLM perkenal menu RM10
Nasional

MBLM perkenal menu RM10

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf YusohMELAKA, 22 September – Menu...