Tuesday , 24 December 2024
Home Nasional Rusuhan di UK: Beri kesedaran berita palsu tidak boleh ditangani sambil lewa
Nasional

Rusuhan di UK: Beri kesedaran berita palsu tidak boleh ditangani sambil lewa

Rusuhan di UK: Beri kesedaran berita palsu tidak boleh ditangani sambil lewa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil/ BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Ogos– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata kerajaan mengambil maklum gesaan ahli-ahli parlimen di United Kingdom (UK) berhubung keperluan meneliti isu berkaitan penyebaran maklumat palsu terutama selepas insiden rusuhan di negara berkenaan berlaku.

Insiden berkenaan turut memberi kesedaran kepada Malaysia bahawa masalah penyebaran berita palsu tidak boleh ditangani secara sambil lewa.

“Memang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini ada berbincang dengan badan kawal selia UK iaitu Ofcom. Saya akan minta MCMC berhubung semula (dengan Ofcom) untuk mendapatkan pandangan mereka seterusnya,\” katanya.

\”Di Malaysia, sekurang-kurangnya kita telah banyak mengadakan perbincangan dengan platform media sosial untuk pastikan mereka juga bersifat proaktif dan membantu untuk mengekang penularan berita palsu terutama yang berkait isu 3R,\” katanya dalam sidang media di sini.

Jemaah Menteri turut dimaklumkan keadaan di negara berkenaan terkawal dan pada masa yang sama, beberapa tindakan diusahakan oleh kerajaan UK untuk menjamin keselamatan orang awam.

Dalam pada itu, semua pihak termasuk pengamal media diminta memberikan kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung sebarang siasatan yang dilaksana pasukan itu.

Fahmi berkata, walaupun memahami keperluan pengamal media melindungi pemberi maklumat, namun undang undang negara masih terpakai.

\”Saranan saya adalah untuk memberi kerjasama yang baik. Bagaimanapun, sebelum ini yang saya telah nyatakan sebelum ini dari segi sumber, kita di kementerian ini menghormati hak rakan media untuk melindungi maklumat mengenai apa disebut sebagai whistleblower atau pemberi maklumat. Undang-undang sedia ada terpakai\”, katanya.

Sebelum itu, polis memaklumkan membuka siasatan berhubung laporan sebuah portal dalam talian mengenai rombakan besar-besaran dalam kepimpinan tertinggi polis.

Related Articles

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan
Nasional

Mayat anggota polis lemas di tali air, ditemukan

FOTO FAIL IPOH, 23 Disember – Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan...

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah
Nasional

Penjawat awam diingatkan mohon pinjaman melalui koperasi sah

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMPETALING JAYA,...

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara
Nasional

2024: Kerajaan Madani laksana pelbagai rancangan strategik, lonjak ekonomi negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 22 Disember-Kerajaan...

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan
Nasional

Thailand: Pelancong Malaysia hanya dibenarkan guna tiga pintu masuk dari Kelantan

Pihak berkuasa Thailand hanya membenarkan pelancong dari Malaysia menggunakan tiga pintu masuk...