Tuesday , 31 December 2024
Home Nasional Pulau Tuba dipilih Kampung Angkat MADANI
Nasional

Pulau Tuba dipilih Kampung Angkat MADANI

Pulau Tuba dipilih Kampung Angkat MADANI

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Azizi

LANGKAWI, 7 Ogos– Pulau Tuba dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI Kementerian Kewangan bagi daerah Langkawi.

Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Kementerian Kewangan, Datuk Zamzuri Abdul Azizi berkata pemilihannya dibuat hasil kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

Pemilihan Pulau Tuba kerana mempunyai tarikan pelancongan tersendiri dengan keunikan flora serta faunanya.

\”Tapi dari segi kedudukan sosial ekonomi masih agak ketinggalan. Antara perkara-perkara yang kita akan buat adalah untuk mengindahkan landskap di pulau ini, menaik taraf projek-projek kecil seperti jeti, jalan dan tandas awam, masjid dan melengkapkan informasi-informasi menggunakan papan tanda untuk memudahkan bila ada ejen bawa pelancong dan meningkatkan reach produk-produk pelancongan yang ada\”, katanya kepada mediaselepas Program Gotong-Royong Mega Kampung Angkat MADANI di Pulau Tuba.

Selain peruntukan fizikal, turut akan diberikan ialah bimbingan kepada usahawan kecil untuk menambahkan pendapatan mereka.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Kira-kira 800 orang menyertai gotong-royong yang melibatkan penduduk setempat dan juga 17 agensi kerajaan persekutuan dan negeri di daerah Langkawi.

Selain itu, Program Gotong-royong Mega, ini merupakan program pra-pelancaran Kampung Angkat MADANI peringkat Langkawi.

Turut dilaksanakan penyerahan peralatan gotong royong kepada empat Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) dan tiga badan bukan kerajaan (NGO) di pulau ini.

Terdapat tiga Kampung Angkat MADANI di Kedah iaitu Kampung Jilid 8 di Sungai Petani, Kampung Padang Satu di Kubang Pasu dan juga Pulau Tuba di Langkawi.

Related Articles

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat
Nasional

Banjir Kelantan: Bilangan penduduk terjejas meningkat

FOTO FAIL TANAH MERAH, 30 Disember – Jumlah penduduk terjejas banjir yang...

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan
Nasional

193 keluarga berlindung di 18 PPS di Kelantan

Setakat pukul 11.00 malam, seramai 684 individu berlindung di 18 PPS di...

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada
Nasional

45 kampung dari muara Sungai Terengganu diminta berwaspada

Rakaman kamera CCTV pemantauan banjir JPSNT di Jambatan Gong Terap, Setiu pada...

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan
Nasional

Gelombang kedua banjir: 13 PPS dibuka di tiga daerah Kelantan

APM Machang melakukan operasi menyelamat penduduk terperangkap banjir sejak petang tadi/Foto APM...