Friday , 20 September 2024
Home Nasional Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara – Fahmi
Nasional

Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara – Fahmi

Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian banyak negara – Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/Foto RTM

KUCHING, 8 Ogos– Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata usaha Malaysia untuk melesenkan platform media sosial telah mendapatkan perhatian beberapa negara yang menyatakan minat untuk menuruti langkah yang sama.

Jelasnya, badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK), Ofcom, telah menunjukkan minat apabila menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif tersebut.

Selain OFCOM UK, Singapura turut berminat untuk mengetahui pendekatan Malaysia dalam melesenkan platform media sosial.

Menyentuh mengenai jenayah buli siber, Fahmi memaklumkan jawatankuasa khas telah ditubuhkan oleh kerajaan melibatkan Suruhanjaya Komunikasi Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara AGC dan diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Jawatankuasa berkenaan bakal memperhalusi undang-undang sedia ada atau meminda Kanun Keseksaan (Akta 574) bagi membanteras gejala buli siber.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2023 Kementerian Komunikasi Zon Sarawak di Auditorium P.Ramlee RTM Kuching di sini hari ini.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...