Saturday , 23 November 2024
Home Perniagaan Nilai ringgit ditentukan pasaran – BNM
Perniagaan

Nilai ringgit ditentukan pasaran – BNM

(Foto Fail)

KUALA LUMPUR, 27 September- Nilai ringgit akan kekal ditentukan oleh pasaran.

Jelas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour, campur tangan dalam pasaran pertukaran asing bertujuan mengelakkan turun naik yang berlebihan dan memastikan keadaan pasaran yang teratur.

\”BNM tidak menyasarkan sebarang paras tertentu bagi ringgit.

\”Ringgit dan beberapa mata wang serantau mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat sejak 1 Julai lalu.

\”Nilai ringgit turut bertambah berbanding kebanyakan mata wang rakan dagangan utama, disebalik penyusutan unit tempatan itu pada separuh pertama 2023,\” katanya pada sesi panel sempena Invest Malaysia New York.

Tambahnya, pada masa akan datang, kejelasan terhadap kitaran dasar monetari bank-bank pusat utama akan memberikan sokongan kepada ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun secara umumnya.


(Foto Fail)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...