Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Belanjawan 2024: FPAM cadang pelepasan cukai perkhidmatan perancangan kewangan
Perniagaan

Belanjawan 2024: FPAM cadang pelepasan cukai perkhidmatan perancangan kewangan

KUALA LUMPUR, 27 September- Ahli Persatuan Perancang Kewangan Malaysia (FPAM) mencadangkan agar pelepasan cukai diperkenal bagi yuran perkhidmatan perancang kewangan menjelang pembentangan Belanjawan 2024.

Langkah itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai kemampanan kewangan dalam kalangan rakyat.

Pengarah Wealth Vantage Advisory Sdn Bhd, Idham Idris berkata insentif itu akan memastikan rakyat memiliki pengurusan kewangan yang lebih baik terutamanya dalam situasi ekonomi yang mencabar.

\”Saya benar-benar ingin mewujudkan kesedaran perancangan kewangan untuk rakyat Malaysia. Jadi saya rasa belanjawan ini berpotensi menjadi platfom untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai betapa pentingnya perancangan kewangan dengan memberikan pelepasan cukai kepada mereka yang mendapatkan khidmat perancang kewangan,\” katanya pada sesi perbincangan dan harapan bagi Belanjawan 2024 FPAM di sini.

Tambah Idham, langkah itu akan mendorong rakyat mendapatkan nasihat kewangan daripada pakar bertauliah, sekali gus, mengelak daripada menjadi mangsa penipuan kewangan.


(Tambah Idham, langkah itu akan mendorong rakyat mendapatkan nasihat kewangan
daripada pakar bertauliah, sekali gus, mengelak dari menjadi mangsa
penipuan kewangan.)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...