Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas ditutup rendah, emas Comex terus lemah
Perniagaan

Niaga hadapan emas ditutup rendah, emas Comex terus lemah

KUALA LUMPUR, 5 Oktober– Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan prestasi lemah berterusan yang dialami niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex).

Pada penutupan dagangan, Oktober 2023 susut kepada US$1,827.20 setiap auns troy daripada US$1,829.80 semasa ditutup pada Rabu, manakala November 2023 turun kepada US$1,834.70 setiap auns troy daripada US$1,837.30.

Disember 2023 berkurangan kepada US$1,845.20 setiap auns troy daripada US$1,847.80 semalam.

Kontrak bagi Januari 2024, Februari 2024 and April 2024 masing-masing ditutup pada US$1,853.50 setiap auns troy.

Jumlah dagangan merosot kepada 14 lot daripada 68 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 137 kontrak daripada 181 kontrak.

Harga emas fizikal pada US$1,818.95 setiap auns troy seperti yang diterbitkan Persatuan Pasaran Jongkong London semasa penetapan pada sebelah petang 4 Okt, 2023.- Livevartha

(Foto hiasan)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...