Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Perniagaan

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal

(FOTO HIASAN/ Livevartha)

KUALA LUMPUR, 6 Oktober- Ringgit meneruskan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat ketika Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.44 peratus kepada 106.33 mata.

Pada 9 pagi ini, ringgit naik kepada 4.7205/7255 berbanding 4.7255/7300, semalam.

Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peningkatan tuntutan pengangguran awal AS kepada 207,000 pada 5 Okt daripada 204,000 pada minggu sebelumnya, juga terbukti telah mempengaruhi sentimen pelabur.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.


(FOTO HIASAN)

Unit tempatan itu susut berbanding yen kepada 3.1756/1792 daripada 3.1719/175, rendah berbanding euro kepada 4.9759/9811 daripada 4.9651/9698 semalam dan turun berbanding pound Britain kepada 5.7496/7557 daripada 5.7283/7337 sebelum ini. 

Selain itu, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang Asean.

Ia mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.7650/7837 daripada 12.7927/8115 dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4496/4536 daripada 3.4442/4478, sebelum ini.

Ringgit juga diniagakan hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia dan peso Filipina iaitu masing-masing pada 302.1/302.7 daripada 302.4/303.0 berbanding rupiah manakala berbanding peso pada 8.33/8.34 daripada 8.33/8.35, semalam. – Livevartha

 

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...