Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Perniagaan

Sentimen berhati-hati dorong ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR,12 Oktober– Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan dua hari berturut-turut berikutansentimen berhati-hati walaupun prestasi dolar AS agak lemah.

Indeks Dolar AS (DXY) merosot daripada setinggi 106.01 mata kepada 105.82 mata, meskipun Indeks Harga Pengeluar AS bulan September adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada pukul 9.00 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.7200/7245 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.7145/7180.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan AS 10 tahun turun sebanyak lapan mata asas kepada 4.58 peratus.

Pada masa yang sama, minit Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) menunjukkan bahawa para anggota Rizab Persekutuan percaya satu lagi kenaikan kadar adalah wajar dengan tumpuan ke arah mengekalkan kadar yang stabil selepas itu, katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbandingeuro kepada 5.0136/0184 from 4.9983/5.0020 dan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8113/8168 daripada 5.7918/7961 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen pada3.1644/1676 daripada 3.1711/1737 semalam.

Berbanding mata wang Asia pula, mata wang tempatan diniagakan rendah.

Nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura kepada3.4635/4673 daripada 3.4587/4617 dan rendah berbanding peso Filipina pada 8.32/8.34 daripada 8.30/8.32 pada Rabu.

Ringgit turut merosot berbanding bahtThaiuntuk mencatatkan paras 12.9842/13.0015 daripada 12.9462/9615 dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada300.6/301.0 daripada300.2/300.6. -Livevartha

(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...