Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kadar jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek ditutup stabil dengan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 12 Oktober– Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM32.01 bilion daripada RM33.49 bilion pagi ini, manakala mudah tunai dana Islam berkurangan menjadi RM19.80 bilion daripada RM20.52 bilion sebelumnya.

Awal hari ini, bank pusat mengendalikan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Ia juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM32 bilion dan tender pasaran wang murabahah RM19.80 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada tiga peratus setakat 11 Okt.- Livevartha

(Foto hiasan)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...