Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Peningkatan had caruman i-Saraan dan i-Suri, impak positif untuk jangka masa panjang
Perniagaan

Peningkatan had caruman i-Saraan dan i-Suri, impak positif untuk jangka masa panjang

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 15 Oktober – Peningkatan had caruman i-Saraan kepada RM500 dan i-Suri kepada RM300 akan meningkatkan kembali tabung rakyat setelah mengalami penyusutan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akibat pandemik.

Penganalisis Ekonomi, Dr. Zokhri Idris berkata langkah tersebut memberi impak positif untuk jangka masa panjang.

rtm
(Penganalisis Ekonomi, Dr. Zokhri Idris)

\”Dianggarkan pada tahun 2030, 4.9 juta masyarakat menua akan wujud dalam negara kita. Justeru kerajaan berfikiran panjang untuk kembali meningkatkan semula tabungan rakyat.

\”Seharusnya peningkatan caruman i-Suri dan i-Saraan ini disambut baik supaya akhirnya dapat kembali manfaatnya kepada rakyat dan kita memikirkan impaknya yang positif dalam jangka masa panjang,\” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada Jumaat, mengumumkan had caruman padanan Kerajaan di bawah program i-Saraan KWSP ditingkatkan kepada RM500 setahun terhad kepada RM5,000 seumur hidup.

Manakala Had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Suri KWSP ditingkatkan kepada RM300 setahun terhad kepada RM3,000 seumur hidup.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...