Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Koa Denko tambah pelaburan RM1 bilion di Melaka
Perniagaan

Koa Denko tambah pelaburan RM1 bilion di Melaka

(FOTO RTM)

AYER KEROH, 17 Oktober – Kerajaan Negeri Melaka menerima jumlah pelaburan RM1 billion menerusi pembangunan sebuah kilang pembuatan cip, Koa Denko dari Jepun yang kini sedang menjalankan kerja pembinaan kilang fasa dua di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, menerusi pembinaan kilang seluas 8.37 hektar di Taman Perindustrian Ayer Keroh itu, dijangka membawa masuk 950 peluang pekerjaan.

Jelas Rauf, fasiliti kilang itu dapat menampung pembuatan cip perintang sebanyak 8.2 billion chip sebulan berbanding 4.3 billion cip setahun sebelum ini sekali gus dijangka membantu melonjakkan sasaran asal pelaburan negeri Melaka iaitu sebanyak RM6 billion setahun.

\”Ini melibatkan peluang pekerjaan dikalangan graduan institut TVET.

\”Pihak Koa Denko telah bekerjasama dengan MISDEC dan Latihan Perindustrian Bukit Katil bagi mendapatkan tenaga kerja terlatih\”, kata Rauf yang ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah kilang koa Denko di Eco Park, di sini.

Tambah Rauf, pencapaian tersebut membuktikan Melaka merupakan sebuah negeri mesra pelabur.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...