Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar
Perniagaan

Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan pelabur terus memihak kepada unit negara maju dalam keadaan ketegangan geopolitik di Timur Tengah, kata ahli ekonomi.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.7345/7375 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7380 sewaktu ditutup pada Isnin.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ketidaktentuan berlarutan membabitkan konflik di Timur Tengah dilihat memberi sokongan kepada dolar AS, dengan peningkatan meluas yang mendorong kepada lebih banyak permintaan terhadap mata wang selamat itu.

“Sentimen risiko dilihat akan berlaku sementara, namun, boleh berubah dengan cepat disebabkan pelabur masih bergelut dengan dinamik kompleks krisis di Timur Tengah dan potensi kesannya kepada ekonomi global,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata mungkin lawatan berisiko tinggi Presiden AS Joe Biden ke Israel berpotensi menjadi tumpuan utama pasaran berikutan konflik ketenteraan yang meningkat di rantau ini.

“Ini mungkin mendorong permintaan kepada mata wang selamat untuk terus kekal menerima sokongan,\” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut berbanding pound Britain kepada 5.7595/7632 daripada 5.7494/7543 sewaktu ditutup pada Isnin dan rendah berbanding euro kepada 4.9973/5.0004 daripada 4.9858/9901, namun meningkat berbanding yen kepada 3.1629/1651 daripada 3.1668/1697 semalam.

Pada masa sama, mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang Asean lain.

Ringgit mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0180/0319 daripada 13.0392/0549 semalam dan mencatat sedikit perubahan berbanding rupiah Indonesia kepada 301.2/301.5 daripada 301.0/301.5 sebelum ini.

Mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.4566/4590 daripada 3.4560/4592 pada Isnin dan berkurangan berbanding peso Filipina kepada 8.34/8.35 daripada 8.33/8.34.- Livevartha


(FOTO HIASAN)

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...