Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan MSM melonjak berikutan prestasi eksport yang positif
Perniagaan

Niaga hadapan MSM melonjak berikutan prestasi eksport yang positif

KUALA LUMPUR, 20 Oktober– Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) melonjak untuk ditutup kebanyakannya lebih tinggi dengan jangkaan prestasi eksport yang kukuh.

Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Bernama bahawa lantunan semula harga minyak mentah turut menaikkan sentimen pasaran.


(Foto hiasan)

Syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia berkata hari ini, eksport produk minyak sawit Malaysia untuk 1 hingga 20 Okt menokok 7.9 peratus kepada 885,888 tan berbanding 821,408 tan yang dihantar dari 1 hingga 20 Sept.

Kontrak bagi November 2023 turun RM10 kepada RM3,716 satu tan, Disember 2023 meningkat RM5 kepada RM3,750 satu tan, manakala Januari 2024 serta Februari 2024 masing-masing menambah RM13 kepada RM3,77 dan RM3,789 satu tan.

Sementara itu, Mac 2024 naik RM18 kepada RM3,805 setan dan April 2024 adalah RM16 lebih kukuh pada RM3,799 setan.

Jumlah dagangan melebar kepada 67,677 lot berbanding 58,898 lot yang disaksikan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka lebih lemah kepada 224,0875 kontrak daripada 224,0855 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM untuk November Selatan turun RM20 kepada RM3,740 satu tan.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...