Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini
Perniagaan

Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini

Pengaktifan Secure2u, boleh dibuat di mesin ATM mulai 31 Oktober ini

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 26 Oktober– Pelanggan yang mendaftar Secure2u buat kali pertama atau pada peranti lain atau baharu, boleh mengaktifkannya dengan selamat dan mudah melalui mana-mana mesin juruwang automatik (ATM) Maybank, bermula 31 Oktober 2023.

Melalui kenyataan, Maybank memaklumkan langkah tambahan itu bertujuan untuk mengurangkan transaksi tanpa kebenaran dan aktiviti penipuan.

Penggunaan pengaktifan Secure2u melalui ATM membolehkan pelanggan mengawal proses pengesahan perbankan dalam talian mereka dengan lebih baik dengan pengesahan identiti secara fizikal di ATM.

Untuk mendaftar Secure2u, pelanggan hanya perlu mengikuti dua langkah mudah.

\”Pertama, daftar Secure2u dalam aplikasi MAE dan kedua, aktifkan Secure2u dengan nombor PIN kad debit, kredit, atau caj mereka di mana-mana daripada 3,000 ATM Maybank di seluruh negara, mengikut keselesaan pelanggan,\” kata kenyataan itu.

Selepas pengaktifan Secure2u melalui ATM, pelanggan boleh mula meluluskan transaksi selepas 12 jam.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...