Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan MATRADE ketuai misi pecutan 16 syarikat tempatan ke Jepun
Perniagaan

MATRADE ketuai misi pecutan 16 syarikat tempatan ke Jepun

MATRADE ketuai misi pecutan 16 syarikat tempatan ke Jepun

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 27 Oktober- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai misi pecutan eksport melibatkan 16 syarikat Malaysia ke Tokyo dan Osaka, Jepun dari 31 Oktober hingga 8 November, depan.

Menerusi satu kenyataan, MATRADE memaklumkan misi dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihaknya untuk memudahkan pengembangan PKS Malaysia dalam pasaran global.

“Misi dengan objektif utama untuk mempamerkan keupayaan Malaysia dalam industri makanan, minuman dan gaya hidup (fesyen) halal itu diadakan sempena Pameran Malaysia 2023 dari 3 hingga 5 November, 2023.

“Usaha itu juga akan membolehkan syarikat Malaysia memasuki pasaran Jepun yang datang pada masa yang sesuai menjelang Ekspo Dunia 2025 yang akan diadakan di Osaka,”menurut kenyataan tersebut.

MATRADE, melalui pejabatnya di Tokyo dan Osaka, akan menyelaraskan satu siri program untuk 16 syarikat Malaysia, termasuk penyertaan dalam Pameran Malaysia 2023, seminar perniagaan serta padanan perniagaan satu dengan satu pembeli Jepun.

Pengarah Seksyen Transformasi dan Perdagangan Digital, Asnor Vidya Nor Azmi berkata agensi itu juga bekerjasama dengan Pusat ASEAN-Jepun dan Pusat Galakan Perniagaan Antarabangsa Osaka untuk menyediakan laluan kepada syarikat Malaysia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pasaran dan peluang di Jepun.

Jepun ialah rakan dagangan keempat terbesar Malaysia pada 2022, dengan perdagangan dua hala meningkat 21.2 peratus tahun ke tahun kepada RM181.51 bilion.

Pada 2022, eksport Malaysia ke Jepun meningkat 29.6 peratus tahun ke tahun kepada RM98.24 bilion.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...