Tuesday , 31 December 2024
Home Perniagaan FELCRA tingkat pengeluaran ayam, projek ternakan berskala besar, sistem tertutup
Perniagaan

FELCRA tingkat pengeluaran ayam, projek ternakan berskala besar, sistem tertutup

FELCRA tingkat pengeluaran ayam, projek ternakan berskala besar, sistem tertutup

Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA, di Kampung Tanjung Seratus, Rompin

ROMPIN, 27 Oktober– Projek ternakan ayam berskala besar secara sistem tertutup di Kampung Tanjung Seratus, Rompin dijangka siap sepenuhnya pada Februari tahun depan.

Projek yang diusahakan FELCRA Berhad (FELCRA) itu melibatkan pembinaan 10 reban ayam bertingkat bagi memaksimumkan pengeluaran ayam.

Pengerusi FELCRA, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, pengeluaran ayam pedaging di setiap reban melibatkan lima pusingan setiap tahun.

Beliau juga yakin akan dapat memaksimumkan pengeluaran ayam pedaging sehingga enam pusingan.

\”Semua reban-reban di sini bertingkat, ada dua lapisan di sini. Fasa pertama, kita buat lapisan atas. Fasa kedua untuk 10 reban pertama dan begitu juga untuk 10 reban selepas ini juga kita akan maksimakan penggunaan reban-reban ini yang mana kita akan menggunakan juga lapisan di bawah ini untuk kita gandakan pengeluaran ayam, maknanya kalau 1.5 juta ekor ayam, kita akan cuba usaha mengeluarkan tiga juta ekor ayam.

\”Kalau siap sepenuhnya ini, kita menjangkakan dapat menyumbang lebih 10 juta ekor ayam dalam masa tiga atau empat tahun akan datang\”, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja meninjau perkembangan pembangunan Projek Kompleks Ternakan Ayam Pedaging (Sistem Tertutup) FELCRA, di Kampung Tanjung Seratus, Rompin.

Dalam pada itu, menurutnya sebuah reban telah beroperasi secara percubaan dan membekalkan sebanyak 60,000 ekor ayam pedaging melalui pusingan pertama dan kedua bermula 30 Julai lalu.

Katanya, pusingan ketiga bagi reban percubaan itu akan bermula pada 2 November depan.

Bekalan ayam melalui reban percubaan tersebut dijual dengan harga kos semasa program-program anjuran kerajaan seperti Program Jualan Rahmah.

Jelasnya, kadar kematian ayam pedaging yang diusahakan pihaknya amat rendah iaitu hanya dua peratus.

Projek tersebut juga menggunakan teknologi baharu yang mampu mengelakkan masalah lalat dan bau di kawasan setempat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...