Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan FBM KLCI dijangka bergerak ke arah paras 1,450 minggu depan
Perniagaan

FBM KLCI dijangka bergerak ke arah paras 1,450 minggu depan

FBM KLCI dijangka bergerak ke arah paras 1,450 minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 28 Oktober – FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka bergerak lebih tinggi ke arah paras 1,450 minggu depan, didorong oleh data indeks harga pengeluar (IHP) Malaysia yang lebih tinggi pada bulan September.

Ketua Ekonomi dan Pengurus Dana Inter-Pacific Asset Management Bhd, Datuk Dr Nazri Khan berkata jumlah dagangan di Bursa Malaysia menunjukkan prestasi yang baik kerana musim pendapatan telah bermula dan banyak syarikat mencatatkan prestasi menggalakkan.

\”Kami mengunjurkan sentimen global akan bertambah baik selepas susut dalam beberapa hari lepas dan kadar faedah tidak mungkin menjadi pemangkin utama minggu depan selepas Bank Pusat Eropah (ECB) mengekalkan kadar itu,\” katanya kepada Bernama.

Menurut laporan berita, kadar faedah utama ECB akan kekal pada empat peratus selepas bank pusat itu memilih untuk menangguhkan seketika pada Oktober selepas 10 kenaikan berturut-turut dan ini akan membantu membendung inflasi jika dikekalkan untuk tempoh yang cukup lama.

\”Pemangkin semasa seperti sektor ekonomi digital dan kenderaan elektrik (EV) mungkin akan menyokong sentimen tempatan,\” jelas Nazri.

Melangkah ke hadapan, beliau menjangkakan tahap sokongan bergerak dalam julat antara 1,430 dan 1,440, dengan rintangan pada 1,450 hingga 1,480.

Indeks harga pengeluar Malaysia melantun 0.2 peratus pada September 2023 berbanding penguncupan 2.2 peratus pada Ogos 2023, disumbangkan oleh semua sektor kecuali sektor pembuatan.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng menasihatkan pelabur supaya sentiasa berwaspada terhadap ketidaktentuan pasaran dan luaran yang semakin meningkat.

\”Indeks penanda aras kekal dalam julat sempit selama hampir tiga minggu dan mencadangkan paras penembusan baharu pada kira-kira paras 1,445,\” katanya.

Pada asas mingguan (Jumaat-ke-Jumaat), FBM KLCI menokok 0.86 mata untuk mengakhiri minggu pada 1,441.90 berbanding 1,441.04 seminggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 13.56 mata pada 10,634.00, Indeks FBMT 100 mengembang 903 mata kepada 10,307.01 dan Indeks FBM 70 meningkat 24.83 mata kepada 13,997.71.

Indeks FBM Emas Syariah turun 13.83 mata kepada 10,846.12 dan Indeks FBM ACE susut 91.42 mata kepada 5,038.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 43.04 mata kepada 16,233.37 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.34 mata kepada 172.73.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 20.48 mata menjadi 6,888.85 dan Indeks Tenaga kerugian 6.50 mata untuk mencatatkan paras 874.58.

Jumlah dagangan mingguan turun sedikit kepada 15.10 bilion unit bernilai RM9.40 bilion berbanding 15.76 bilion unit bernilai RM10.5 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 9.57 bilion saham bernilai RM8.04 bilion berbanding 9.46 bilion saham bernilai RM8.98 bilion pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, jumlah dagangan waran menyusut menjadi 1.64 bilion unit bernilai RM214.44 juta daripada 1.74 bilion unit bernilai RM208.59 juta minggu lepas.

Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan untuk mencatatkan sebanyak 3.82 bilion saham bernilai RM1.13 bilion daripada 4.49 bilion saham bernilai RM1.28 bilion sebelumnya.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...