Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang lain
Perniagaan

Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang lain

Ringgit lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang lain

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 30 Oktober-Ringgit memulakan dagangan minggu ini lebih tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain.

Pasaran kewangan kini memantau dengan rapat dua acara penting yang bakal berlaku minggu ini iaitu mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikatpada 31 Okt hingga 1 Nov dan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada 2 Nov.

Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.7575/7625 berbanding dolar AS daripada 4.7750/7800 pada penutup Jumaat.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata berdasarkan konsensus umum dalam kalangan pakar, Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dijangka mengekalkan kadar dananya pada5.50 peratus.

“Jangkaan ini sebahagiannya dipengaruhi oleh data perbelanjaan penggunaan peribadi teras (PCE) terkini, yang menunjukkan tekanan inflasi turun kepada 3.7 peratus pada September.

“Begitu juga, konsensus pasaran mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar faedahnya stabil pada 3.00 peratus,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nilai ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1759/1795 daripada 3.1827/1862 pada penutupan dagangan Jumaat lepas, meningkat berbanding euro kepada 5.0253/0306 daripada 5.0438/0491 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.7618/7679 daripada 5.7945/8005 sebelumnya.

Mata wang tempatan juga bergerak kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean yang lain.

Nilai ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4729/4768 daripada 3.4867/4906, menambah nilai berbanding rupiah Indonesia pada298.4/298.9 daripada 299.5/300.0 dan tinggi berbanding peso Filipina pada 8.36/8.38 daripada 8.38/8.39 pada penutupan minggu lepas.

Sementara itu, ia susut berbandingbaht Thai kepada 13.1849/2031 daripada 13.1808/2008 pada Jumaat.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...