Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kaedah tanpa tunai, Malaysia catat kemajuan menggalakkan
Perniagaan

Kaedah tanpa tunai, Malaysia catat kemajuan menggalakkan

Kaedah tanpa tunai, Malaysia catat kemajuan menggalakkan

Pengarah Kanan Bahagian Digitalisasi Kerajaan PayNet, Firdaus Ghani

KUALA LUMPUR, 30 Oktober- Kadar penembusan pembayaran digital sektor awam di Selangor dan Pulau Pinang mencecah 90% setakat ini.

Kadar penembusan tinggi itu didorong galakkan pembayaran tanpa tunai oleh kerajaan negeri, bertujuan mengurangkan ketirisan dan meningkatkan hasil kerajaan.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Digitalisasi Kerajaan PayNet, Firdaus Ghani, kadar penembusan pembayaran digital di Kedah berada pada 80%.

Manakala, Perlis, Johor dan Perak pula masing-masing pada 60%, 50%dan 49%.

\”20 agensi yang terlibat dengan kita sudah mencapai 80% tapi agensi yang terbabit ini mengutip lebih 70% daripada pendapatan Kerajaan Persekutuan, seperti Kastam, Imigresen, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),\”katanya

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah kempen ‘Cashless Boleh 3.0’.

Sebagai usaha meningkatkan lagi kadar penembusan pembayaran digital sektor awam di negara ini, Paynet berhasrat untuk menganjurkan Kempen Cashless Boleh 4.0.

Ketika ini, pihaknya sedang menunggu kelulusan daripada Kementerian Kewangan bagi penganjuran kempen yang dijangka bermula Disember ini.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...