Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan PRIBUMI ramal kadar OPR kekal 3 peratus
Perniagaan

PRIBUMI ramal kadar OPR kekal 3 peratus

PRIBUMI ramal kadar OPR kekal 3 peratus

Mohd Shaqil Haziq Mohd Zubir

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada 3 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) terakhir tahun ini.

Ahli Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia (PRIBUMI), Mohd Shaqil Haziq Mohd Zubir berkata, unjuran itu berdasarkan kadar inflasi yang terkawal ketika ini.

\”Dalam keadaan sekarang, saya jangkakan berkemungkinan besar Bank Negara Malaysia (BNM) tidak menaikkan OPR, tetapi kita kena berhati-hati juga sebab kita berfikir tentang apa yang berlaku di Amerika Syarikat (AS).

\”Mereka (AS) mungkin akan menaikkan kadar mereka, atau kekal. Sekiranya mereka menaikkan kadar mereka di sana, jadi ada kemungkinan akan memberi tekanan kepada ringgit. Jadi kita kena lihat apa tindakan BNM,\” katanya kepada pemberita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.

Terdahulu, Mohd Shaqil berkata, inflasi Malaysia ketika ini berada pada kadar 1.9 peratus.

Sementara itu, AmBank menerusi nota penyelidikannya turut meramalkan pengekalan OPR pada paras semasa.

Normalisasi kadar OPR sebanyak 125 mata asas pasca COVID-19 telah memberikan keseimbangan pertumbuhan inflasi ke tahap diperlukan.

BNM dijadual mengadakan mesyuarat MPC yang keenam selama dua hari bermula esok.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...