Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan MPC: OPR kekal pada 3.00 peratus
Perniagaan

MPC: OPR kekal pada 3.00 peratus

MPC: OPR kekal pada 3.00 peratus

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek pertumbuhan dan inflasi / Foto Fail

KUALA LUMPUR, 2 November – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus dalam mesyuarat terakhirnya tahun ini.

Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung prospek pertumbuhan dan inflasi.

BNM menjelaskan, MPC memantau rapat perkembangan semasa membabitkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

Selain memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil.

\”Bagi ekonomi Malaysia, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menunjukkan kegiatan ekonomi bertambah baik pada suku ketiga.

\”Pertumbuhan tahun depan akan didorong perbelanjaan dalam negeri, selain pertumbuhan guna tenaga dan upah berterusan yang terus menyokong perbelanjaan isi rumah,\” kata BNM menerusi kenyataan.

BNM berkata, langkah-langkah di bawah Belanjawan 2024 juga akan memberikan dorongan tambahan kepada kegiatan ekonomi.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...