Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Syarikat penerbangan perlu kreatif kembangkan perniagaan, langkaui pasaran tradisional
Perniagaan

Syarikat penerbangan perlu kreatif kembangkan perniagaan, langkaui pasaran tradisional

Syarikat penerbangan perlu kreatif kembangkan perniagaan, langkaui pasaran tradisional

Foto Hiasan

SEPANG, 2 November – Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang di Malaysia perlu kreatif mengembangkan perniagaan melangkaui pasaran tradisional.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata langkah itu bagi memastikan mereka kekal mampan dan kompetitif.

\”Selain China, Korea dan Turkiye juga penting. Saya pasti semua syarikat sedang cuba mencari destinasi baharu. Saya harap, kita akan aktif membuat ketersambungan baharu antara Malaysia dan wilayah lain,\” katanya.

Loke berkata demikian pada sesi CAPA Think Tank: A meeting of the mind yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Penerbangan Asia dan Anugerah Kemampanan Centre for Aviation (CAPA) 2023, di sini.

Tambah Loke, usaha itu penting memandangkan peningkatan 70 hingga 80 peratus ketibaan pelancong di hampir semua pasaran serantau.

Keseluruhan ekosistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) turut dijangka akan bertambah baik selepas dua projek penambahbaikan yang sedang berlangsung, selesai.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...