Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Niaga hadapan emas dijangka diniagakan paras US$1,975 dan US$2,000 minggu depan
Perniagaan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan paras US$1,975 dan US$2,000 minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka diniagakan paras US,975 dan US,000 minggu depan

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 4 November – Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan antara paras US$1,975 dan US$2,000 setiap troy auns pada minggu depan, kata seorang penganalisis.

Rakan pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata harga niaga hadapan emas dijangka kekal pada paras tersebut berikutan jangkaan penurunan ketara hasil Amerika Syarikat (AS) pada awal 2024 dan peningkatan kebimbangan terhadap kemelesetan AS.

“Namun risiko penurunan terbesar adalah ketegangan yang mereda di Timur Tengah,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baru berakhir ini, jumlah dagangan niaga hadapan emas domestik berkurangan kepada 1,016 lot daripada 1,193 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berada pada 158 kontrak, turun daripada 409 kontrak.

Bagi asas mingguan, kontrak bulan semerta November 2023 meningkat kepada US$1,998.50 setiap troy auns daripada US$1,997.80 setiap troy auns, Disember 2023 naik kepada US$2,008.40 setiap troy auns berbanding US$2,008.30 setiap troy auns dan Januari 2024 berada pada US$2,018.10 setiap troy auns.

Kontrak Februari 2024, April 2024 dan Jun 2024 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,018.10 setiap troy auns daripada US$2,016.60 pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$1,983.60 setiap troy auns mengikut laporan London Bullion Market Association pada 2 Nov.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...