Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan 305 siswazah sertai JumPER GREAT PUNB 2023
Perniagaan

305 siswazah sertai JumPER GREAT PUNB 2023

305 siswazah sertai JumPER GREAT PUNB 2023

Kenyataan PUNB

KUALA LUMPUR, 4 November – Seramai 305 siswazah belia bumiputera terpilih menyertai Program JumPER GREAT PUNB 2023 untuk tempoh tiga bulan.

Sepanjang tempoh itu mereka akan menjalani program latihan keusahawanan digital sebelum layak mendapat Geran Dana Permulaan Perniagaan.

Menerusi kenyataan Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB), geran tersebut bagi membolehkan peserta memulakan perniagaan secara dalam talian.

\”Bagi peserta yang tidak mempunyai produk untuk dipasarkan, PUNB akan menghubungkan mereka dengan syarikat terpilih menerusi program padanan perniagaan.

\”JumPER GREAT yang julung kali dilaksanakan, menerima lebih seribu permohonan dalam tempoh 24 jam sebaik permohonan dibuka 3 Oktober lepas,\” kata PUNB menerusi kenyataan itu.

Program dengan peruntukan dana berjumlah RM3.5 juta itu bertujuan membudayakan keusahawanan dalam kalangan belia bumiputera.

Sekali gus meningkatkan penyertaan usahawan yang lebih berkualiti dan mahir dalam penggunaan teknologi digital, selaras dengan era digital.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...