Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan MOT struktur semula cukai jalan kenderaan elektrik
Perniagaan

MOT struktur semula cukai jalan kenderaan elektrik

MOT struktur semula cukai jalan kenderaan elektrik

Foto Hiasan

SEPANG, 6 November – Kerajaan akan mengumumkan struktur cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV) sebelum akhir tahun ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata struktur cukai jalan itu akan berkuat kuasa selepas tahun 2025 iaitu selepas berakhirnya tempoh insentif pengecualian cukai kenderaan EV.

\”Kita telah bentangkan kepada Pasukan Petugas Khas EV untuk pastikan supaya struktur cukai jalan untuk EV ini lebih kompetitif dan tidak membebankan supaya menggalakkan penerimaan orang ramai terhadap pembelian kereta-kereta EV ini,\” katanya pada sidang media selepas merasmikan Simposium Rel Antarabangsa, di sini.

Tambah Loke, pelanjutan tempoh insentif pengecualian cukai akan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.

Sebelum ini, Loke memaklumkan, pihaknya sedang mengkaji semula kadar bayaran cukai jalan bagi kenderaan elektrik supaya ia lebih rendah berbanding kenderaan biasa.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...