Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Indeks utama FBM KLCI tidak banyak berubah pada sesi dagangan tengah hari
Perniagaan

Indeks utama FBM KLCI tidak banyak berubah pada sesi dagangan tengah hari

Indeks utama FBM KLCI tidak banyak berubah pada sesi dagangan tengah hari

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 7 November- Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tidak banyak berubah pada sesi dagangan tengah hari ini, namun kemunculan kegiatan pengambilan untung menyebabkan sentimen kekal lemah di pasaran secara keseluruhan.

Pada waktu rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.09 mata kepada 1,463.58, daripada penutupan dagangan Isnin 1,464.67.

Pagi ini, pasaran dibuka 0.62 mata lebih rendah pada 1,464.05 dan berlegar antara 1,458.66 dan 1,465.55 di sepanjang sesi.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 473 berbalas 308 manakala 423 kaunter tidak berubah, 1,144 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan 1.69 bilion unit bernilai RM965.32 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun Wall Street berakhir lebih tinggi sedikit, kemunculan aktiviti pengambilan untung boleh menyebabkan pergerakan cergas dagangan berehat seketika.

\”Bagaimanapun, memandangkan kita akan memasuki musim pelaporan kewangan, kami masih yakin dengan sektor minyak dan gas, didorong oleh persekitaran yang positif dalam pasaran minyak. Selain itu, kami berpihak kepada sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna. sektor,” katanya dalam nota hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat empat sen kepada RM9.15, IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.04, Press Metal dan MISC menambah satu sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM4.89 dan RM7.31, Public Bank dan CIMB tidak berubah pada harga RM4.25 dan RM5.81, manakala Petronas Chemicals dan TNB kedua-duanya susut empat sen kepada RM7.30 dan RM9.96.

Bagi saham aktif, EA Technique mengembang lima sen kepada 39 sen, Ranhill meningkat dua sen menjadi 90 sen, PDZ Holdings meraih setengah sen kepada enam sen, Edaran melonjak 28 sen kepada 79.5 sen, dan Leform turun setengah sen kepada 24.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.15 mata kepada 10,798.28, Indeks FBMT 100 susut 10.49 mata kepada 10,463.14 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 21.39 mata kepada 10,991.5.

Indeks FBM 70 pula merosot 26.01 mata kepada 14,214.8 dan Indeks FBM ACE kerugian 1.41 mata kepada 5,121.46.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.32 mata kepada 172.85, Indeks Perladangan menguncup 21.33 mata kepada 6,969.32, Indeks Tenaga kehilangan 4.30 mata pada 872.17, tetapi Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 6.04 mata kepada 16,461.86. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...