Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini
Perniagaan

Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini

Pasaran getah ditutup bercampur-campur hari ini

Foto Hiasan/ Livevartha

KUALA LUMPUR, 7 November-Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur seiring dengan prestasi pasaran hadapan getah serantau yang lain, kata seorang peniaga.

Selain mengambil petunjuk daripada prestasi ekonomi China yang bercampur-campur, sentimen turut terjejas oleh nilai ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS serta kerugian yang dialami dalam harga minyak mentah.

Namun begitu, kerugian selanjutnya berjaya dihadkan oleh keyakinan pelabur bahawa bank pusat AS akan terus memantau rapat dalam usaha mengawal inflasi, tambahnya.

Harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) tidak berubah pada 682.5 sen sekilogram (kg) pada tengah hari, manakala lateks pukal susut tiga sen kepada 555.0 sen sekg.

Pada 5 petang, harga penutup LGM untuk SMR 20 ialah 680.0 sen sekg dan lateks pukal pada 551.5 sen sekg.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...